Kembara Mahkota Johor 2008
Powered by Max Banner Ads
Kembara Mahkota Johor adalah satu a
cara tahunan yang dibuat di Negeri Johor dengan kerjasama Kementerian Pelancongan. Program Kembara Mahkota Johor tercetus daripada keinginan DYAM Tunku Mahkota Johor untuk meninjau keadaan rakyat jelata dan ianya telah bermula sejak tahun 2001. Kini, program Kembara Mahkota Johor 2008 akan dibuat dari 24-27 Julai 2008 dan akan melibatkan daerah-daerah berikut:
Johor bahru - Pontian - Batu Pahat - Muar - Ledang - Segamat -Kluang - Mersing - Kota tinggi - Kulai Jaya
Untuk rujukan dan bacaan lanjut berkenaan Program Kembara Mahkota Johor, sila lawat laman web rasmi:
Petikan suratkhabar yang diambil dari laman rasmi Kembara Mahkota Johor:
“Cetusan idea untuk Program Kembara Melawat Johor adalah ilham daripada D.Y.A.M. Tunku Mahkota Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj sendiri. Program Kembara yang dimulakan pada tahun 2001 adalah hasil daripada keinginan Tunku Mahkota untuk meninjau keadaan rakyat jelata. D.Y.A.M. Tunku Mahkota sendiri telah berusaha gigih demi memastikan program kembara ini dapat dijayakan dengan sempurnanya.
Sekiranya dahulu Raja atau Putera Raja sering mengembara berjumpa dengan rakyat menaiki gajah atau tandu tetapi kini disebabkan arus perubahan masa dan dengan adanya teknologi maka rombongan Kembara Mahkota Johor menaiki motosikal berkuasa tinggi. Walaupun berbeza pendekatan atau kenderaan yang digunakan namun matlamatnya adalah sama.
Pagi 2 Julai 2001 adalah detik permulaan Kembara Mahkota Johor pertama bermula. Program Kembara yang bercirikan mesra rakyat ini disertai oleh 28 konvoi motosikal berkuasa tinggi yang dipimpin sendiri oleh D.Y.A.M. Tunku Mahkota. Ekspedisi sulung ini telah menjelajah sejauh 870 kilometer di beberapa daerah negeri Johor.”
Jul 12th, 2008 at 12:39 pm
Aku nak ikut naik basikal boleh tak he..he..he…
[Reply]
alzack reply on July 12th, 2008:
Tak terkejar ko nanti…
[Reply]