Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK) 2012
Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK 2012) adalah program pendedahan dan padanan tiga sektor utama, iaitu kerjaya, perniagaan dan kemahiran secara turun padang yang holistik dan agresif yang melibatkan agensi kerajaan dan swasta dalam usaha meningkatkan tahap pendapatan dan taraf hidup rakyat negeri Johor.
Program anjuran Kerajaan Negeri Johor ini memberikan tumpuan kepada pelajar lepasan sekolah, pekerja berpendapatan rendah, pencari kerja dan peluang perniagaan sepenuh masa atau sambilan.
Antara agensi yang terlibat ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Johor Corporation (JCorp) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).
Pengisian bagi program ini termasuk:
- Tawaran peluang pekerjaan, perniagaan dan kemahiran.
- Peluang pekerjaan di seluruh negeri Johor dan dalam kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.
- Temu duga terbuka.
- Taklimat penyediaan butiran peribadi (CV) dan cara-cara menghadapi temu duga.
- Ceramah kerjaya.
- Sesi perkongsian pengalaman oleh usahawan berjaya.
- Kaunter-kaunter sokongan teknikal dan pembiayaan modal.
- Demonstrasi aktiviti dan hasil perniagaan.
KEPAK 2012 akan dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman pada 29 Mac 2012 (Khamis), jam 3 petang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru.
18 Comments »
Leave a comment!







Peluang sebegini perlu dimanfaatkan sepenuhnya…dah lbh 10 tahn tak pernah buat resume…
Hehehe, samalah.. dah lupa dah format CV macam mana..
ok la tu..sy xpenah wat resume lg..
Kena belajar buat dah tu..
Kena dtg awal pasal kawasan parking dkt area Persada agak terhad….
cool daddy org jb ke?
bgus utk sesape yg tgh mncari keja..
Aply jangan tak aply.. peluang depan mata.
btol tu..khas bg lepasan U yg tgh mncari keja..
Yang penting bila pergi karnival begini, kumpul biz card banyak-banyak, senang nak buat rujukan..
Adik2 yang sedang mencari hala tuju tu, eloklah pergi karnival macam ni.
Banyak info boleh didapati. Senang berurusan secara terus
aah..bleh tnya direct trus kan..senang ckit..
Lagi satu interview pun dibuat terus, tu penting ambil peluang bila ada karnival kerjaya macam ni. Tuah kita, siapa tahu kan..
Peluang keemasan untuk mendapatkan ilmu dan khidmat nasihat daripada agensi yang terlibat bagaimana hendak memulakan perniagaan.
Kalau hendak bekerja muda sangat sekurang-kurang ada sijil kemahiran atau diploma.
first time dengar pasal KEPAK ni..
sma la…nama singkatan rupanya..
Dah terbayang chicken wings.. huhuhu
aku ingat KEPAK apa tadi..haha