George and Dragon Cafe
July 23, 2008 by alzack
Filed under Cari Makan
Ingin tempat relax dan makan yang cool. Sila jemput ke George and Dragon Cafe. Kafe ini terletak di No. 1 & 3, Jalan Glasier, Taman Tasek 8020o Johor Bahru. Pemilik kafe ini adalah seorang wanita Inggeris yang berkahwin dengan seorang warganegara Malaysia berbangsa Tionghua.

Kafe ini agak besar. Dekoratif gabungan british dan konsep zaman dulu yang menarik membuatkan suasana di dalamnya sangat relax dan santai. Ia adalah satu pengalaman berbeza.
Makanan barat sudah semestinya di hidangkan di sini. Terdapat Sirloin Steak dihidang dengan barbecue sauce, Coolavacoose Lamb and Black Pepper Chicken. Terdapat pelbagai lagi menu menarik di sini.

Karnival Zoom! Desaru 2008
July 11, 2008 by azwan
Filed under Cari Makan, JB News
Tempat : Tanjung Balau, Desaru, Johor
Tarikh : Jumaat, 11 Julai 2008, dari jam 3:00 petang - 10:30 malam
Sabtu, 12 Juali 2008, dari 8:00 pagi - 10:30 malam
Program
Jumaat, 11 Julai 2008
- 3:00 petang - Pendaftaran Penyertaan & Penjualan Tiker “Desaru Seafood Nite 2008″
- 8:00 malam - Konsert Klasik FM (artis jemputan - Haziq, Siti Fairuz, Hail Amir, Ali Mamak dan ramai lagi)
Sabtu, 12 Julai 2008
- 8:00 pagi - Pendaftaran Penyertaan & Penjualan Tiker “Desaru Seafood Nite 2008″
- 9:00 pagi - Bola Sepak Kain Batik, Bola Jaring Kain Pelikat, Pertandingan Memancing, Lari Dalam Guni, Pertandingan Memasak Tajaan Maggi, Pertandingan Tarik Tali dan Pertandingan Kompang
- 12:00 tengahari - Rehat
- 2:00 petang - Pertandingan Kompang (Akhir), Pertandingan Tarik Tali (Akhir), Pertandingan Karaoke “Pujaan Muzik Nescafe 2008″, Pertandingan Nescafe Tarik Tajaan Nescafe, Pertandingan Dam Aji, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Anyam Ketupat, Kopek & Kukur Kelapa dan Pertandingan Terompah Gergasi
- 5:00 petang - Acara Membakar Ikan Dan Makanan Laut
- 8:00 malam - Perasmian “KARNIVAL ZOOM! DESARU 2008″
- 9:00 malam - Catatan “Malaysia Books of Records” Ikan Bakar Terpanjang di Malaysia, Konsert Muzik FM (artis jemputan - Izwan Pilus, Ameelya, Deja Moss dan ramai lagi), Acara Cabutan Bertuah, Makan Malam dan Persembahan
- 10:30 malam - Tamat
Saksikan acara gemilang, “Ikan Bakar Terpanjang di Malaysia” yang akan dicatat di dalam “Malaysia Book of Records”. Selain daripada itu, apa yang menarik adalah, dengan hanya RM5 untuk bayaran masuk anda bakal menikmati 14,000KG makanan laut :) …. yum …yum
Kedai Makan Rahmat, Kampung Pasir Putih
May 18, 2008 by alzack
Filed under Cari Makan
Kalau anda nak makan tengahari dengan suasana yang menarik, angin berderu, ada satu tempat best. Tempat tu adalah Kedai Makan Rahmat di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang.
Untuk maklumat dan review Kedai Makan Rahmat, klik di sini.

