Headline »

October 9, 2013 – 10:08 PM | 3,274 views

Another new excitement in Johor Bahru. After having the likes of Legoland, Hello Kitty, Johor Premium Outlet and much more, we now have another superb attraction in Angry Bird Activity Park. Your little one will …

Read the full story »
Home » Attractions, Headline, News, Shopping

Apa yang best di JB?

Submitted by on May 24, 2011 – 9:54 PM2 Comments | 6,909 views


Kalau nak cerita tentang semua yang best kat JB ni memang tak habis! Biasa kalau orang pergi jalan-jalan, 3 perkara utama yang akan dicari: tempat makan..mestilah kena makan yang ‘special’ kan?, tempat rehat..yang pemandangannya sedap mata memandang tentunya! dan akhir sekali tempat membeli-belah…tu wajib untuk perempuan kalau singgah tempat tertentu mesti nak beli barang, kenangan la kiranya.

Okay, pertama sekali yang perlu ambil tahu adalah: kat JB ni banyak sangat kedai makan yang best kalau nak highlight tiap satu penat pulak nak mengarang ayat. Antara makanan-makanan yang famous kat JB ni termasuklah Mee Rebus Stulang Laut & Mee Rebus Hj. Wahid (dua-dua mee rebus ni rasa dia berbeza-mengikut citarasa masing-masnglah mana yang paling sedap), Otak-otak Kempas, Char Kuey Tiaw BBU, Nasi Ayam Penyet, Asam Pedas, Ikan Bakar dan banyak lagilah kalau nak list semua jenis. Kalau nak senang cari tempat makan, singgah je Plaza Angsana..kat food court tingkat bawah ada Mee Rebus Hj. Wahid, Yong Tau Fu, Otak-otak Kempas, Mi Wantan OK dan Nasi ayam antara makanan kegemaran pengunjung yang datang. Plaza Larkin juga ada makanan yang best macam Mee Rebus Stulang Laut dengan Roti Kacang Pool yang memang popular kat sini. Kalau nak cari Ikan Bakar special, singgah kat deretan kedai makan di Tepian Tebrau. Desserts kat sana pun menarik dan tentunya sedap!

Selain makan-makan, tempat yang mesti pergi untuk bergambar ke beriadah di waktu petang adalah di kawasan istana lama Johor. Kenapa? Kawasan tu lazimnya menjadi tarikan untuk wedding photography…tentunya sebab pemandangan dia yang unik. Kawasan tu buka sehingga pukul 6.30 petang sahaja. Selain tu boleh juga singgah Muzium Johor untuk melihat artifak dan sejarah Johor lama. Tempat lain yang boleh dijadikan tempat beriadah adalah Muzium Layang-layang dan juga Hutan Bandar Johor Bahru (dan Hutan Bandar Mutiara Rini). Kedua-dua tempat ni mempunyai lanskap yang menarik. Danga Bay juga adalah satu tempat persinggahan yang wajib dilawati ketika berada di JB.

Kalau singgah JB jangan lupa singgah tempat untuk membeli-belah. Banyak kompleks beli-belah utama yang sedia ada seperti Plaza Angsana, City Square, Pasaraya AEON, Danga City Mall, KSL City, Sutera Mall dan banyak lagi. Semuanya mempunyai tarikan yang tersendiri. Kepada yang bercadang untuk mencari baju kurung ready-made , Plaza Kotaraya dan juga Plaza Angsana adalah tempat yang paling sesuai untuk dituju. Untuk golongan muda yang mencari kelainan, bolehlah singgah ke uptown JB berdekatan City Square di tengah bandaraya JB dan juga uptown di pinggir bandar JB iaitu SOBB di Jalan Pontian. Sutera Mall dan KSL City juga boleh dikatakan pusat fesyen remaja di sini.

Semuanya ada di sini! Seharian berjalan pun tak akan habis tempat untuk dilawati di JB.

First image credited to iamaddict.wordpress.com/category/johor-bahru/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.